
Anak kambing ni merupakan kelahiran pertama di kandang kami, tapi belum ada rezeki agaknya anak kambing ini hanya hidup selama 1/2 jam sahaja. Ini merupakan salah satu risiko dalam penternakan kambing dan menjadi satu lumrah alam dan terpaksa menghadapi risiko kematian. Namun begitu kami tetap berusaha untuk menjadikan kandang kami antara yang terbaik!

Anak kambing betina ni kelahiran ke-3 yang hidup, dilahirkan pada 21 Jun 2008.

Ni pulak kambing betina kelahiran ke 4 kepunyaan salah seorang pemawah kami iaitu En. Zulhairi. Induk betina yang melahirkan anak kambing ini merupakan kemasukan batch ke-2 beranak setelah 2 hari berada di kandang.

Induk betina ini adalah kambing batch ke-2 dan beranak setelah berada di sini selama 11 hari. Kelahiran ini merupakan kelahiran kembar dua yang pertama di kandang kami. Alhamdulillah, seekor betina dan seekor lagi jantan.
3 ulasan:
Salam,
Sekiranya tuan masih membiakkan kambing, boleh pertimbangkan untuk join Persatuan PEMBIAK Kambing Malaysia.
Selamat maju jaya!
http://alwigoatfarm.blogspot.com
Oke
Kenapa boleh mati tu anak kambing?
Catat Ulasan