
Seperti yang dirancang kambing batch ke 2 telah masuk ke kandang pada 2 Julai 2008. Lori yang membawa kambing sampai lebih kurang pukul 7 malam, tu la pasal gambar ni nampak kelam je. Tapi alhamdullilah sampai jugak kambing-kambing ni setelah penat

menunggu dari pagi.
Kambing-kambing semasa di atas lori kelihatan penat dan tension mungkin kerana jarak perjalanan yang jauh dari Kuala Kangsar, Perak ke Parit Sulong, Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim iaitu kira-kira lebih kurang 8 jam.

Kerja-kerja
memindahkan kambing masuk ke kandang

Kambing-kambing di dalam kandang setelah tamat kerja-kerja memikul dan memasukkan kambing ke dalam kandang oleh pekerja kami yang merupakan bebudak kampung setempat. Badan kecik tapi fuyooh.... power selamba je pikul seekor demi seekor kambing. Tapi paling susah kerja memindahkan 2 ekor kambing jantan, dah ikat tali tapi selamba je kambing tu yang tarik kitaorang sampai nak tercampak!

Sebahagian daripada kambing yang baru sampai sedang menjamu selera setelah 1 hari berada di kandang.

Ni pulak tengah lepak mungkin teringat kenangan indah kat kandang lama....ish...ish...sedihnya


2 ekor pejantan yang baru dibeli