Penternakan Kambing

Durrani Trading Farm telah memulakan operasi penternakan kambing boer pada awal April 2008 dan batch pertama kambing kami telah memasuki kandang pada 12 April 2008. Kami telah memulakan pembinaan kandang kambing bersaiz 26 kaki lebar x 100 kaki panjang pada awal Januari 2008 dan telah siap dalam masa sebulan.

Jumaat, 18 Julai 2008

Kelahiran anak kambing

Anak kambing ni merupakan kelahiran pertama di kandang kami, tapi belum ada rezeki agaknya anak kambing ini hanya hidup selama 1/2 jam sahaja. Ini merupakan salah satu risiko dalam penternakan kambing dan menjadi satu lumrah alam dan terpaksa menghadapi risiko kematian. Namun begitu kami tetap berusaha untuk menjadikan kandang kami antara yang terbaik!
Anak kambing betina ni kelahiran ke-3 yang hidup, dilahirkan pada 21 Jun 2008.










Ni pulak kambing betina kelahiran ke 4 kepunyaan salah seorang pemawah kami iaitu En. Zulhairi. Induk betina yang melahirkan anak kambing ini merupakan kemasukan batch ke-2 beranak setelah 2 hari berada di kandang.
Induk betina ini adalah kambing batch ke-2 dan beranak setelah berada di sini selama 11 hari. Kelahiran ini merupakan kelahiran kembar dua yang pertama di kandang kami. Alhamdulillah, seekor betina dan seekor lagi jantan.

Sabtu, 12 Julai 2008

Kambing Batch ke 2

Seperti yang dirancang kambing batch ke 2 telah masuk ke kandang pada 2 Julai 2008. Lori yang membawa kambing sampai lebih kurang pukul 7 malam, tu la pasal gambar ni nampak kelam je. Tapi alhamdullilah sampai jugak kambing-kambing ni setelah penat menunggu dari pagi.












Kambing-kambing semasa di atas lori kelihatan penat dan tension mungkin kerana jarak perjalanan yang jauh dari Kuala Kangsar, Perak ke Parit Sulong, Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim iaitu kira-kira lebih kurang 8 jam.
Kerja-kerja
memindahkan kambing masuk ke kandang





















Kambing-kambing di dalam kandang setelah tamat kerja-kerja memikul dan memasukkan kambing ke dalam kandang oleh pekerja kami yang merupakan bebudak kampung setempat. Badan kecik tapi fuyooh.... power selamba je pikul seekor demi seekor kambing. Tapi paling susah kerja memindahkan 2 ekor kambing jantan, dah ikat tali tapi selamba je kambing tu yang tarik kitaorang sampai nak tercampak!

Sebahagian daripada kambing yang baru sampai sedang menjamu selera setelah 1 hari berada di kandang.
Ni pulak tengah lepak mungkin teringat kenangan indah kat kandang lama....ish...ish...sedihnya

2 ekor pejantan yang baru dibeli

Sabtu, 21 Jun 2008

Kambing di kandang


Boer F1
Boer F3/F4

Pembinaan Kandang

Pembinaan tapak asas dan tiang menggunakan konkrit dan 'culvert' sebagai tiang.


Asas tiang dibina menggunakan besi Y12 sebanyak 8 batang disusun berselang-seli, kemudian dituangkan campuran konkrit ke dalamnya.









Pemasangan rasuk kayu utama atau gelegar
Pemasangan tiang dan seterusnya rasuk bumbung Kerja-kerja pemasangan bumbung 'metal deck'

Tapak kandang


Tapak untuk pembinaan kandang telah mengambil masa lebih kurang selama 2 minggu untuk dibersihkan memandangkan kerja-kerja dilakukan hanya menggunakan tulang empat kerat manusia sahaja!